Industri

  

logo SAINS-01 2

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA

 

Kepada Pelanggan-pelanggan SAINS yang dihormati,

PENUTUPAN SEMENTARA BEKALAN AIR DI SEBAHAGIAN KAWASAN JEMPOL BERIKUTAN KERJA-KERJA PENCUCIAN KOLAM LUI BARAT PADA 12 NOVEMBER 2019

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) ingin memaklumkan kepada semua pelanggan kami bahawa SAINS akan melaksanakan penutupan sementara bekalan air yang dijangka akan mengakibatkan gangguan bagi beberapa kawasan di Jempol seperti yang dinyatakan di bawah.
Maklumat penutupan adalah seperti berikut:

Tarikh : 12 November 2019 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi (12 November 2019) – 8.00 pagi (13 November 2019)

Maklumat kerja

Kawasan terlibat

Langkah Kontigensi

Lokasi:

Kolam Lui Barat, Jempol

Jenis kerja:

Kerja-kerja Pencucian Kolam 

Sebahagian kawasan Jempol:

Seluruh kawasan Gugusan Felda Lui

Pengambilan air melalui lori tangki yang di sewa oleh pihak industri di “Water Feeder Station” di Pejabat Operasi SAINS, Bandar Seri Jempol

Akan dilaksanakan sekiranya gangguan melebihi 24 jam (selepas tempoh penutupan)

 

• Langkah Kontigensi akan dilaksanakan sekiranya gangguan melebihi 24 jam (selepas tempoh penutupan).
• Pihak INDUSTRI hendaklah mengemukakan surat permohonan pengambilan air lebih awal kepada pihak SAINS dengan menyatakan jumlah trip dan kapasiti lori tangki yang disewa. Caj jumlah isipadu air yang diambil akan dikenakan mengikut kadar semasa.
• Lori tangki yang disewa oleh pihak INDUSTRI untuk mengambil air di ‘Water Feeder Station’ yang ditetapkan oleh pihak SAINS hendaklah terjamin kebersihan daripada sebarang pencemaran bagi memastikan kualiti air yang dibekalkan oleh SAINS tidak terjejas. Sebarang perubahan pada kualiti air SAINS akibat dari keadaan lori tangki yang disewa yang tidak mematuhi standard kualiti kebersihan dari pihak SAINS adalah dibawah tanggungjawab pihak INDUSTRI.

Bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Walaubagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama. Untuk makluman, kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi kami ditalian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut.

Hjh. Norzita Binti Ismail
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.

 

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.