Jadual Penutupan 2021
Penutupan Sementara Bekalan Air (Berjadual)
Dalam usaha untuk menambahbaik aset dan infrastruktur bekalan air, SAINS telah menetapkan satu tarikh bagi penutupan bekalan air berjadual untuk setiap bulan.
Ini bertujuan untuk mengurangkan kekerapan gangguan bekalan air akibat daripada penutupan yang dirancang. Kerja-kerja seperti pencucian, penyelenggaraan tangki, rumah pam, kolam, empangan dan juga pengalihan paip air akan dilaksanakan pada tarikh tersebut bagi menambahbaik dan meningkatkan mutu bekalan air kepada pengguna.
Walaubagaimanapun, tarikh perlaksanaan penutupan adalah tertakluk kepada pindaan terkini. Untuk makluman juga, SAINS akan sentiasa mengemaskini dan memaparkan notis-notis berkenaan penutupan sementara bekalan air bagi memudahkan para pengguna membuat persediaan awal.
Cadangan tarikh penutupan adalah seperti berikut:
Bil |
Tarikh Penutupan |
Hari |
Status |
1. |
26 Januari 2021 |
Selasa |
Belum dilaksanakan. |
2. |
23 Februari 2021 |
Selasa |
Belum dilaksanakan. |
3. |
23 Mac 2021 |
Selasa | Belum dilaksanakan. |
5. |
15 Jun 2021 |
Selasa | Belum dilaksanakan. |
6. |
13 Julai 2021 |
Selasa | Belum dilaksanakan. |
7. |
24 Ogos 2021 |
Selasa | Belum dilaksanakan. |
8. |
21 September 2021 |
Selasa | Belum dilaksanakan. |
9. | 19 Oktober 2021 | Selasa | Belum dilaksanakan. |
10. | 16 November 2021 | Selasa | Belum dilaksanakan. |
Nota i : Tiada penutupan berjadual pada bulan April, Mei dan Disember 2021.
Nota ii : Tarikh penutupan tertakluk kepada perubahan semasa.