• Utama
  • Peraturan dan prosidur permohonan

Peraturan dan prosidur permohonan

PERATURAN DAN PROSIDUR PERMOHONAN PEMBANGUNAN BARU DI NEGERI SEMBILAN

Bil

Bil Prosidur Permohonan Bekalan Air

Catatan

1.

Pemaju perlu melantik Jurutera Perunding yang bertauliah dan berdaftar dengan SPAN, dan perlu mematuhi segala kehendak Garispanduan Seragam Teknikal SPAN sebelum membuat permohonan.

 

2.

Jurutera perunding yang dilantik perlu merekabentuk sistem paip retikulasi mematuhi Garispanduan Seragam Teknikal SPAN.

Sila rujuk Garispanduan Seragam Teknikal SPAN untuk rekabentuk dan kerja pemasangan paip

3.

Sebelum Jurutera Perunding merekabentuk sistem bekalan air dan membuat perkiraan haidrolik untuk sesuatu pembangunan butir-butir sistem bekalan air, lokasi tapping point dan tekanan air sediada di kawasan tersebut hendaklah di perolehi dengan mengemukakan borang permohonan Punca Bekalan Air

Permohonan hendaklah secara  ’on-line’ sistem i-PERAKUAN dengan melayari laman web http://58.26.96.168

4.

Projek Pemajuan juga hendaklah terlebih dahulu telah diluluskan Pelan Kebenaran Merancang oleh pihak OSC sebelum pelan rekabentuk sistem bekalan air dikemukakan

Permohonan pelan Kebenaran Merancang hendaklah melalui pihak OSC Majlis Daerah/Perbandaran berkaitan mengikut senarai semak SAINS/PER/BRG/001

5.

Pemajuan sesuatu kawasan yang terdapat paip sediada SAINS di dalam kawasan pembangunan, paip tersebut hendaklah di alih/di ganti dengan kelulusan SAINS. Segala kos pengalihan dan penggantian hendaklah di tanggung oleh pihak pemaju sendiri.

 

6.

Membuat permohonan kepada SAINS Ibu Pejabat, untuk permohonan seperti berikut:-

a - Permohonan kebenaran merancang untuk tukar syarat, pecah sempadan dan pelan tatatur pembangunan.

b - Kelulusan sistem paip air retikulasi luaran/paip utama/tangki simpanan

c - Perakuan Pelan Sistem Paip Dalaman Pembangunan

d - Mengemukakan perkiraan dan rekabentuk sistem mengepam

Permohonan secara manual dengan melengkapkan ’Borang Permohonan Pelan Sistem Paip’ dan secara on-line, melayari laman web http://58.26.96.168 Pengemukaan pelan pap dalaman adalah sebagai rekod dan simpanan piak SAINS sahaja, dan hendaklah mengikut senarai semak SAINS/PER/BRG/004 Bayaran fee proses pelan hendaklah merujuk kepada Jadual Kelima, Akta IPA. Keperluan air dan kapasiti tangki simpanan hendaklah merujuk kepada Jadual Kelapan, Akta IPA.
7.

Pembangunan yang besar dan berfasa, hendaklah mengemukakan pelan konsep bekalan air keseluruhan pembangunan yang dicadangkan. Laporan pelan konsep hendaklah menyatakan jadual jenis bangunan, bilangan unit, keperluan air harian dan pelan pembangunan berfasa, lokasi tangki simpanan utama, tangki sedutan dan sistem pam. Cadangan laluan masuk utama pembangunan dan lokasi cadangan tapping point hendaklah ditunjukkan.

Keperluan air dan kapasiti tangki simpanan hendaklah merujuk kepada Jadual Kelapan, Akta IPA

8.

Laporan hidrolik hendaklah menyatakan ;-

-       Jadual jenis bangunan, bilangan unit mengikut jenis dan keperluan air harian setiap unit

-       Rekabentuk aliran paip hendaklah menunjukkan perkiraan hidrolikpeak flow dan average flow +fire flow

-       Pelan skimatik paip retikulasi peak flow dan fire flow dengan node-node, residual head, grond level, Highest Supply Level (HSL).

-       Jadual laporan kiraan hidrolik pipe dan Node seperti di bawah;

Pipe No.

From Node

To Node

Length (m)

Dia (m)

HWC

HL (m)

HL/1000

Velocity (m/s)

                 

Pipe details

Node No.

Flow (l/s)

Elev (m.ODL)

HGL (m.ODL)

HSL (m.ODL)

Residual Pressure (m)

           

Node details

 

Sila rujuk Garispanduan Seragam Teknikal SPAN untuk rekabentuk dan kerja pemasangan paip

9.

Bagi Keperluan air pembangunan melebihi 50,000 gelen rizab dan tangki utama adalah wajib diadakan. Keperluan air melebihi 20 – 50 gelen akan dikenakan syarat kos sumbangan ’sharing’ kepada pihak SAINS untuk kos tangki dan sistem paip.
Tangki sedutan dan rumah pam adalah perlu (bagi ketinggian bangunan melebihi 15 meter) mematuhi Garispanduan Seragam Teknikal SPAN
- Kapasiti tangki utama hendaklah 1 hari simpanan
- Kapasiti tangki sedutan hendaklah 1/3 dari kapasiti tangki simpanan

 

Rujuk jadual rizab tangki air jadual B.2, B.3, B.4 & B.5

10. Semua tangki air utama hendaklah dilengkapkan dengan pemasangan sistem telemetri, Keperluan pemasangan peralatan telemetri hendaklah merujuk kepada Unit NRW & Telemetri, SAINS.  

 

Rujuk jadual rizab tangki air jadual B.2, B.3, B.4 & B.5

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.