Maklumat Bil

  1. Bil dianggap betul dan tepat jika tiada bantahan dalam tempoh 30 hari selepas bil diterima. Sekiranya terdapat bantahan/pertanyaan , sila hubungi talian 1-800-88-6982 atau berjumpa terus dengan pegawai di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) SAINS. Pelarasan di atas bil akan hanya dibuat untuk tahun semasa sahaja setelah siasatan selesai dijalankan ke atas aduan yang diterima.
  2. Bil semasa perlu dijelaskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penyerahan bil dan tunggakan hendaklah dijelaskan dengan serta merta. Jika bil semasa tidak dijelaskan dalam tempoh dinyatakan di atas, notis pemotongan di bawah Seksyen 89 (3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 akan dikeluarkan. Sekiranya bayaran masih belum diterima oleh SAINS selepas tempoh empat belas (14) hari notis pemotongan dikeluarkan, pemotongan bekalan air akan dilakukan. Caj notis pemotongan sebanyak RM 3.00 akan dikenakan.
  3. Sila buat pembayaran di kaunter-kaunter SAINS atau mana-mana agensi yang dilantik. Tuan/Puan digalakkan membuat bayaran di kaunter SAINS untuk mengelakkan sebarang kesulitan dalam mengemaskini bayaran Tuan/Puan.
  4. Apapun kaedah pembayaran yang digunakan, SAINS berhak memotong bekalan air sekiranya bayaran masih belum diterima oleh SAINS dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penyerahan notis pemotongan.
  5. Hanya resit yang dicetak dengan mesin atau yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat SAINS, kaunter bayaran SAINS dan wakil agensi kutipan SAINS sahaja yang akan diterima sebagai bukti bayaran.
  6. Merujuk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, SAINS hanya dibenarkan mencetak semula dokumen berkaitan untuk pemilik akaun sahaja.
Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.