WHISTLEBLOWING

 

PENDAHULUAN

Dalam usaha memartabatkan ketinggian integriti di SAINS, Unit Integriti dan Governans SAINS (“IGU”) telah ditubuhkan mulai 22 Julai 2020 dengan peranan merancang, melaksanakan, memantau dan mengkaji semua inisiatif dan program integriti secara bersepadu bagi mencapai matlamat SAINS dengan slogan “SAINS BEBAS TANPA RASUAH”.

Untuk itu, SAINS melalui IGU adalah komited dan dengan iltizam yang tinggi akan memastikan SAINS boleh bebas tanpa rasuah. Sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan dengan peranan paling mencabar bagi membekalkan air terawat ke seluruh pelusuk Negeri Sembilan dan dengan akses kepada peruntukan yang begitu besar, SAINS tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan telus, berwibawa dan berintegriti.

Dengan slogan “SAINS BEBAS TANPA RASUAH” sebarang salahguna kuasa, penyelewengan dan perlakuan rasuah akan dibendung dan dibanteras sehabis-habisnya. Tidak ada sebarang kompromi dan kelonggaran langkah dalam menghadapi perlakuan rasuah di SAINS.

Polisi-polisi ini dibangunkan sebagai garis panduan dan dihuraikan lebih lanjut mengikut polis masing-masing seperti berikut:

  1. Polisi Anti Rasuah / Anti-Bribery
  2. Polisi Anti Penggubahan Wang Haram / Anti-Money Laundering
  3. Polisi Hadiah / Gift
  4. Polisi Gangguan Seksual / Sexual Harassment
  5. Polisi Media Sosial / Social Media
  6. Polisi Pemberi Maklumat / Whistleblowing

 

Sebarang aktiviti yang mencurigakan, laporkan terus kepada:

Talian Bebas Tol : 1-800-22-5378

E-mel : alert@sainswater.com

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.