WHISTLEBLOWING

 

PENDAHULUAN

Dalam usaha memartabatkan ketinggian integriti di SAINS, Unit Integriti dan Governans SAINS (“IGU”) telah ditubuhkan mulai 22 Julai 2020 dengan peranan merancang, melaksanakan, memantau dan mengkaji semua inisiatif dan program integriti secara bersepadu bagi mencapai matlamat SAINS dengan slogan “SAINS BEBAS TANPA RASUAH”.

Untuk itu, SAINS melalui IGU adalah komited dan dengan iltizam yang tinggi akan memastikan SAINS boleh bebas tanpa rasuah. Sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan dengan peranan paling mencabar bagi membekalkan air terawat ke seluruh pelusuk Negeri Sembilan dan dengan akses kepada peruntukan yang begitu besar, SAINS tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan telus, berwibawa dan berintegriti.

Dengan slogan “SAINS BEBAS TANPA RASUAH” sebarang salahguna kuasa, penyelewengan dan perlakuan rasuah akan dibendung dan dibanteras sehabis-habisnya. Tidak ada sebarang kompromi dan kelonggaran langkah dalam menghadapi perlakuan rasuah di SAINS.

Polisi-polisi ini dibangunkan sebagai garis panduan dan dihuraikan lebih lanjut mengikut polis masing-masing seperti berikut:

  1. Polisi Anti Rasuah / Anti-Bribery
  2. Polisi Anti Penggubahan Wang Haram / Anti-Money Laundering
  3. Polisi Hadiah / Gift
  4. Polisi Gangguan Seksual / Sexual Harassment
  5. Polisi Media Sosial / Social Media
  6. Polisi Pemberi Maklumat / Whistleblowing

 

Sebarang aktiviti yang mencurigakan, laporkan terus kepada:

Talian Bebas Tol : 1-800-22-5378

E-mel : alert@sainswater.com

FAQ e-Billing

FAQ e-BILLING

Jadual Kaunter Bergerak

Jadual Kaunter Bergerak 2021

HARI

MASA

LOKASI OPERASI

DAERAH

ISNIN

9AM-3.30PM

Serting Hilir Kompleks

Jempol

SELASA

9AM-3.30PM

Pekan Gemencheh

Tampin

RABU

9AM-3.30PM

Pekan Dangi

Kuala Pilah

KHAMIS

9AM-3.30PM

Bukit Pelandok

Port Dickson

JUMAAT

9AM-3.30PM

Tanah Merah Site 'A'

Port Dickson

* Tutup : Sabtu, Ahad & Cuti Umum

* Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

 

Jadual Kaunter Bergerak Daerah Tampin 2021.

Untuk makluman jadual tersebut adalah sama pada mengikut hari dan lokasi yang telah ditetapkan.

24hb setiap bulan Dewan Semai Bakti Felda Palong 1 10.00 pagi - 3.00 petang
25hb setiap bulan Stesen Bas Pasir Besar 10.00 pagi - 3.00 petang
26hb setiap bulan Dewan Felda Bukit Rokan Utara 10.00 pagi - 3.00 petang
 27hb setiap bulan Depan Pejabat Felda Sg. Kelamah 10.00 Pagi - 3.00 petang
28hb setiap bulan Pasaraya D'Mart Felda Jelai 10.00 pagi - 3.00 petang
29hb setiap bulan Tampin Square 09.00 pagi - 4.00 petang
30hb setiap bulan Padang Awam Felda Bukit Jalor 10.00 pagi - 3.00 petang

* Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

 

Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan

Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan

Pelanggan yang dihargai,

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (“SAINS”) adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] yang telah mula berkuat kuasa pada 15 November 2013.

Kami, dengan ini, mengemukakan notis mengenai hak anda ke atas data peribadi anda yang telah diproses dan yang akan diterima dan diproses pada masa hadapan oleh pihak kami.

Tujuan

Data peribadi anda dikumpul, antara lain, bagi maksud seperti berikut:

(a) untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air kepada anda ;
(b) untuk menyenggara sistem bekalan air;
(c) untuk memproses data air;
(d) untuk membaca meter dan mengeluarkan bil air kepada anda dan untuk mengutip caj perkhidmatan bekalan air;
(e) untuk menyenggara pangkalan data perkhidmatan pelanggan dan bagi apa-apa kegunaan perkhidmatan pelanggan;
(f) bagi maksud penyelidikan termasuk penyimpanan rekod sejarah dan statistik;
(g) untuk memenuhi keperluan perundangan dan statutori; dan
(h) untuk menyiasat aduan dan kesalahan.

Kami memerlukan data peribadi anda bagi maksud seperti yang dinyatakan di atas. Keengganan anda untuk membekalkan semua maklumat seperti yang diminta akan menyebabkan kami tidak dapat menyimpan rekod anda dengan lengkap dan boleh menjejaskan perkhidmatan yang akan diberikan kepada anda.

Pendedahan Data Peribadi Anda

Kami berkemungkinan akan mendedahkan data peribadi anda bagi tujuan seperti yang dinyatakan di atas kepada pihak-pihak berkaitan seperti berikut:

(a) ejen, kontraktor dan pemberi perkhidmatan (termasuk yang berada di luar negara) yang membekalkan perkhidmatan yang berkaitan dengan tujuan data peribadi tersebut dikumpul;
(b) pihak ketiga (termasuk yang berada di luar negara) yang membekalkan perkhidmatan pemprosesan data;
(c) peguam, agensi kutipan hutang dan agensi pelapor kredit yang dilantik oleh SAINS, dalam keadaan di mana terdapat keingkaran dalam pembayaran caj perkhidmatan bekalan air yang dikenakan oleh SAINS; dan
(d) mana-mana orang yang berada di bawah obligasi kerahsiaan yang telah memberikan akujanji untuk menyimpan data itu sebagai data sulit.
Kami juga mungkin akan mendedahkan data peribadi anda jika dikehendaki demikian oleh undang-undang secara niat baik, jika tindakan tersebut adalah perlu bagi:
(a) mematuhi kehendak mana-mana badan kawal selia, agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
(b) melindungi dan mempertahankan hak atau harta SAINS dan kakitangan SAINS.

Akses, Pembetulan dan Aduan

Jika anda ingin membuat sebarang permohonan untuk mengakses atau untuk membetulkan data peribadi anda atau mengemukakan pertanyaan dan aduan, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami seperti berikut:

E-mel :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Telefon : 06-6033500

Faks : 06-6017515

Sebarang permohonan untuk mengakses atau untuk membetulkan data peribadi anda adalah tertakluk kepada pengenaan fi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].

Jika anda memilih untuk mengehadkan hak kami untuk memproses data peribadi anda, anda boleh mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami seperti yang dinyatakan di atas.

* Sekiranya terdapat sebarang perbezaan atau konflik antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia di dalam Notis Perlindungan Data Peribadi ini, versi Bahasa Inggeris hendaklah diterima dan diguna pakai.


Pengurusan SAINS

 

>> Muat Turun <<

e-Billing / Office Billing

 

SISTEM E-BILLING & OFFICE BILLING SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN SDN. BHD. (SAINS)

Sistem e-Billing dan Office-Billing adalah satu pilihan yang disediakan kepada pelanggan untuk penerimaan bil bulanan secara elektronik.

Pendaftaran e-Billing adalah maksimum kepada 5 akaun sahaja manakala Office Billing tiada minima dan maksimum akaun.

Pendaftaran e-Billing dan Office Billing memerlukan pengesahan pemilik akaun atau Syarikat/Agensi Kerajaan melalui no K/P pemilik atau waris/wakil yang diberi kuasa. Tuan/Puan tidak akan menerima bil air di premis setelah mendaftar sebagai pelanggan e-Billing atau Office Billing kerana penghantaran akan dilakukan menerusi emel dan notifikasi melalui SMS. Namun begitu, pembatalan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja.

Lebih banyak artikel..

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.