UNIT KUALITI AIR
JAWATAN : PEMBANTU MAKMAL JG 19A
TARAF : TETAP
KEKOSONGAN : SATU (1)
JULAT GAJI : RM 1,795.00 ( MIN.) – RM 4,260.00 (MAX.)

 

Syarat-syarat kelayakan :

. Mempunyai Diploma dan sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan.
Berkemahiran dalam penggunaan komputer: Microsoft Word, Excel dan Powerpoint.
. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia.
. Mengutamakan mutu dan hasil kerja serta boleh bekerja dalam kumpulan.
. Boleh bekerja dengan pengawasan minima, jujur serta bertanggungjawab.

Tanggungjawab :

. Menjalankan analisis sampel di dalam makmal berdasarkan prosedur kerja yang telah ditetapkan.
. Merekodkan keputusan analisis yang telah dilakukan.
. Memastikan peralatan makmal, radas dan bahan kimia yang digunakan dalam keadaan baik.
. Merekodkan penggunaan, inventori dan pembelian reagen dan bahan kimia yang digunakan di dalam bilik makmal.
. Memastikan bahan buangan terjadual direkod dan disimpan berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan.
. Memastikan pematuhan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar berdasarkan penggunaan alat pelindung keselamatan semasa melakukan kerja-kerja di makmal.


Sesiapa yang berminat sila email / hantar permohonan lengkap dengan melampirkan “personal resume” beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan gambar terkini berukuran passport pada atau sebelum 26hb Mei 2017 .

Permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas 26hb Mei 2017 akan ditolak.

Sila anggap permohonan anda tidak berjaya jika tidak menerima sebarang maklumbalas daripada kami selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan.

Bahagian Sumber Manusia,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Email :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.