BAHAGIAN PENGELUARAN DAN MEKANIKAL & ELEKTRIKAL
JAWATAN : JURUELEKTRIK (PW3 & PW4) JG 17A
TARAF : TETAP
KEKOSONGAN : DUA ( 2 )
JULAT GAJI : RM 1,245.00 ( MIN.) – RM 3,050.00 (MAX.)

 

Syarat-syarat kelayakan :

. Warga Negara Malaysia
. Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM dan Sijil Pendawai Elektrik kategori PW3 & PW4 (Voltan Rendah) dari Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
. Berpengalaman sekurang-kurangnya dua ( 2 ) tahun di dalam bidang penyelenggaraan PUMP MCC, Motor MCC dan lain-lain yang berkaitan.
. Berpengetahuan mengenai sistem elektrikal dan berpengalaman dalam industri perkhidmatan air adalah diutamakan.
. Berpengetahuan dalam menggunakan peralatan elektrik, sistem pendawaian elektrik, pembumian dan perkara-perkara yang berkaitan Akta & Peraturan Elektrik 1990.
. Berkemahiran dalam penggunaan komputer: Microsoft Word, dan Excel .
. Mengutamakan mutu dan hasil kerja serta boleh bekerja dalam kumpulan.
. Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
. Boleh bekerja di bawah tekanan dengan pengawasan minima, bersikap positif, jujur serta bertanggungjawab.

Deskripsi Tugas :

. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan (pemeriksaan dan servis) terhadap peralatan-peralatan, mesin-mesin, panel-panel kawalan dan lain-lain yang berkaitan dengan sistem pengepaman di tangki sedutan, rumah pam, loji rawatan air, muka sauk dan empangan mengikut jadual penyelenggaraan.
. Melaksanakan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan peralatan, mesin, panel kawalan dan lain-lain yang berkaitan dengan sistem pengepaman di tangki sedutan, rumah pam, loji rawatan air, muka sauk dan empangan.
. Memastikan Sistem M&E seperti pam, motor, panel kawalan, panel elektrik, transformer, valve, generator dan lain-lain yang berkaitan berada dalam keadaan baik dan sempurna serta optimum untuk beroperasi.
. Membuat pemeriksaan asas terhadap transformer dan panel HT seperti paras minyak, tarikh luput kalibrasi / servis, keadaan fizikal dan lain-lain yang berkaitan serta melapurkan kepada BO Chargeman atau Jurutera M&E / Pengurus sekiranya terdapat sebarang bentuk kerosakan atau tarikh tamat pada peralatan tersebut.
. Melapurkan sebarang bentuk kerosakan pada sistem pengepaman untuk tindakan/arahan susulan daripada Penyelia.
. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pegawai Atasan.

Sesiapa yang berminat sila email / hantar permohonan lengkap dengan melampirkan “personal resume” beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan gambar terkini berukuran passport pada atau sebelum 26hb Mei 2017 .

Permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas 26hb Mei 2017 akan ditolak.

Sila anggap permohonan anda tidak berjaya jika tidak menerima sebarang maklumbalas daripada kami selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan.

Bahagian Sumber Manusia,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Email :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.