BAHAGIAN : KUALITI AIR
JAWATAN : EKSEKUTIF KANAN JG 23
TARAF : TETAP
KEKOSONGAN : SATU (1)
JULAT GAJI : RM 2,750.00 (MIN.) – RM 6,875.00 (MAX.)

 

Syarat-syarat kelayakan :

. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains kepujian dalam bidang kimia atau Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia atau dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau ;
. Diploma Sains dalam bidang kimia atau Kejuruteraan Kimia atau dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan sekurang-kurangnya 8 tahun pengalaman.
. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangya 5 tahun dalam bidang industri air (proses rawatan air dan analisis makmal)
. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang sistem pengurusan kualiti seperti ISO 9001.18001.
. Memiliki pengetahuan dan pengalaman dalam makmal analisis air khususnya dalam akreditasi ISO/IEC 17025
. Ahli Kimia yang berdaftar dengan Institut Kimia Malaysia (IKM)
. Bersedia bekerja di bawah tekanan dan di luar waktu pejabat.
. Mempunyai kemahiran daripada segi teknikal pemprosesan air adalah satu kelebihan.

Sesiapa yang berminat sila email / hantar permohonan lengkap dengan melampirkan personal resume beserta sijil-sijil yang disahkan dan gambar terkini berukuran passport pada atau sebelum 24 Januari 2017 .

Permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas 24 Januari 2017 akan ditolak.

Sila anggap permohonan anda tidak berjaya jika tidak menerima sebarang maklumbalas daripada kami selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan.

Bahagian Sumber Manusia,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Email :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.