BAHAGIAN : UNIT KAWALAN HARTA
JAWATAN : PENGAWAL KESELAMATAN JG 15A
TARAF : KONTRAK
KEKOSONGAN : TUJUH (7)
JULAT GAJI : RM 1,000.00 (MIN.) – RM 2,250.00 (MAX.)

 

Pengisian jawatan Pengawal Keselamatan di Unit Kawalan Harta, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd.

Syarat-syarat kelayakan :

. Mempunyai kelulusan SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya.
. Warganegara Malaysia ( Keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Sembilan )
. Berpengetahuan dan terlatih dalam aspek keselamatan serta kebakaran akan diutamakan.
. Berumur tidak melebihi 35 tahun
. Bekas Angkatan Tentera Malaysia yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik serta berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh iklan ditutup.
. Ketinggian tidak kurang dari 165 cm dan berat tidak melebihi 70 kg ( BMI tidak melebihi 25 ).
. Sihat tubuh badan , cergas dan mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik.
. Mestilah bebas daripada sebarang rekod jenayah dan dadah.
. Mempunyai lesen memandu kelas B2, D .
. Lulus ujian kecergasan yang ditetapkan oleh Syarikat.
. Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia.

Sesiapa yang berminat sila email / hantar permohonan lengkap dengan melampirkan personal resume beserta sijil-sijil yang disahkan dan gambar terkini berukuran passport pada atau sebelum 24 Januari 2017 .

Permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas 24 Januari 2017 akan ditolak.

Sila anggap permohonan anda tidak berjaya jika tidak menerima sebarang maklumbalas daripada kami selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan.

Bahagian Sumber Manusia,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Email :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.