BAHAGIAN PERUNDANGAN DAN KESETIAUSAHAAN SYARIKAT

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR JG 17A
TARAF : KONTRAK
KEKOSONGAN : SATU (1)
JULAT GAJI : RM 1,245.00 ( MIN.) – RM 3,050.00 (MAX.)

 

Bertanggungjawab sebagai kakitangan sokongan untuk membantu Eksekutif Undang-Undang melaksanakan tugas-tugas pentadbiran di Bahagian Perundangan.

Syarat-syarat kelayakan :

. Warga Negara Malaysia
. Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya .
. Berpengalaman sekurang-kurangnya dua ( 2 ) tahun dalam bidang berkaitan .
. Berkemahiran dalam penggunaan komputer: Microsoft Word, Excel dan Powerpoint.
. Mengutamakan mutu dan hasil kerja serta boleh bekerja dalam kumpulan.
. Boleh berkomunikasi dengan baik.
. Boleh bekerja dengan pengawasan minima ,jujur serta bertanggungjawab.

Deskripsi Tugas :

Memproses Perjanjian Bekalan Air (“PPBA”) yang diterima dari Unit Khidmat Pelanggan SAINS Daerah seperti berikut :

. Menyemak dan memastikan “PPBA “ diisi dengan lengkap.
. Mengecop nama wakil dan saksi bagi pihak SAINS .
. Menyediakan surat penyerahan “PPBA” (cover letter) untuk dihantar kepda pengguna dalam format “mail merge”.
. Memastikan “PPBA” dilekatkan dan dimatikan dengan Stem Hasil .
. Membuat Salinan “PPBA” yang telah siap dimatikan dengan Stem Hasil sebagai rujukan semasa audit dari LHDN.
. Mengasingkan kategori pemohon mengikut tarif domestik atau industri.
. Mengemaskini semua “PPBA” yang telah lengkap diproses dan menghantar salinan “PPBA” tersebut kepada Daerah untuk simpanan dan rujukan.
. Memastikan sistem “filing” bersistematik dan dokumen difailkan dengan betul .
. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Eksekutif dan Ketua Bahagian Perundangan dari masa ke semasa.

Sesiapa yang berminat sila email / hantar permohonan lengkap dengan melampirkan “personal resume” beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan gambar terkini berukuran passport pada atau sebelum 26hb Mei 2017 .

Permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas 26hb Mei 2017 akan ditolak.

Sila anggap permohonan anda tidak berjaya jika tidak menerima sebarang maklumbalas daripada kami selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan.

Bahagian Sumber Manusia,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Email :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.