UNIT : UNIT PENGURUSAN TENAGA
JAWATAN : PENJAGA JENTERA ELEKTRIK JG 18A
TARAF : TETAP
KEKOSONGAN : DUA ( 2 )
JULAT GAJI : RM1,465.00 (MIN.)– RM3,420.00 (MAX.)

Syarat-syarat kelayakan :

. Warga Negara Malaysia.
. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kekompetenan Kategori . A4 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
. Berpengalaman dalam pengurusan tenaga elektrik dengan cekap akan diberi keutamaan.
. Berkemahiran dalam penggunaan komputer : Mikrosoft Word, Excel dan Powerpoint.
. Mengutamakan mutu dan hasil kerja serta boleh bekerja dalam kumpulan.
. Boleh berkomunikasi dengan baik.
. Boleh bekerja dengan pengawasan minima, jujur serta bertanggungjawab.

Deskripsi Tugas :

. Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyelenggaraan dan operasi ke atas sistem pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara /prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
. Mengendali peralatan instrumen bagi tujuan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap.
. Membuat pemeriksaan terhadap sistem pengepaman dan merekod segala aktiviti penugasan Ujian Kecekapan Pam tahunan di Loji Rawatan Air dan Rumah Pam SAINS.
. Melaksanakan pemeriksaan penggunaan tenaga elektrik serta penguatkuasaan polisi penggunaan tenaga elektrik di setiap pepasangan elektrik SAINS.
. Memantau segala aktiviti pembaikan dan pembetulan di bawah seliaan Unit Pengurusan Tenaga.
. Melaksanakan segala penugasan berkaitan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap seperti yang diarahkan dari masa ke semasa.


Sesiapa yang berminat sila email / hantar permohonan lengkap dengan melampirkan personal resume beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan gambar terkini berukuran passport pada atau sebelum 17 Februari 2017 .

Permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas 17 Februari 2017 akan ditolak.

Sila anggap permohonan anda tidak berjaya jika tidak menerima sebarang maklumbalas daripada kami selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan.

Bahagian Sumber Manusia,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.


Email :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.