UNIT : UNIT PENGURUSAN TENAGA
JAWATAN : PENYELIA TEKNIKAL TENAGA JG 20A
TARAF : TETAP
KEKOSONGAN : SATU (1)
JULAT GAJI : RM 2,235.00 ( MIN.) – RM 5,380.00 (MAX.)

Syarat-syarat kelayakan :
. Warga Negara Malaysia
. Memiliki Diploma dalam Kejuruteraan Elektrik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
. Mempunyai perakuan Penyelia Elektrik Kompeten daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
. Berpengalaman dalam penugasan lawatan pemeriksaan orang kompeten dan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap akan diberi keutamaan.
. Berkemahiran dalam penggunaan komputer: Mikrosoft Word, Excel dan Powerpoint.
. Mengutamakan mutu dan hasil kerja serta boleh bekerja dalam kumpulan.
. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
. Boleh bekerja dengan pengawasan minima ,jujur serta bertanggungjawab.

Deskripsi Tugas :

. Bertanggungjawab sebagai orang kompeten ke atas sistem pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
. Melaksanakan pemeriksaan bulanan dan memberi khidmat nasihat ke atas pepasangan elektrik SAINS yang dikendalikan pada voltan rendah.
. Melaksanakan pemeriksaan bersama Jurutera Elektrik Kompeten yang dilantik bagi pepasangan yang dikendali pada voltan yang melebihi voltan rendah.
. Merekod segala pemeriksaan serta menyediakan laporan syor dan arahan kepada Suruhanjaya Tenaga dan SAINS mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
. Menyelia penyimpanan rekod pemeriksaan dan laporan orang kompeten bagi tujuan pemeriksaan Suruhanjaya Tenaga.
. Menyelia perlaksanaan langkah-langkah pengurusan tenaga elektrik dengan cekap serta membantu Pengurus Tenaga melaksanakan audit tenaga dan penguatkuasaan polisi pengurusan tenaga elektrik di setiap pepasangan elektrik SAINS.
. Menyelia penjadualan , perjalanan dan pengisian data Ujian Kecekapan Pam tahunan dan seterusnya kepada pengeluaran Sijil Kecekapan Pam.
. Melaksanakan segala penugasan berkaitan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap seperti yang dirahkan dari masa ke semasa.


Sesiapa yang berminat sila email / hantar permohonan lengkap dengan melampirkan personal resume beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan gambar terkini berukuran passport pada atau sebelum 31 Mac 2017 .

Permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas 31 Mac 2017 akan ditolak.

Sila anggap permohonan anda tidak berjaya jika tidak menerima sebarang maklumbalas daripada kami selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan.

Bahagian Sumber Manusia,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.


Email :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.