logo SAINS-01 2

 

Selasa, 18 Mac 2020
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
SIARAN AKHBAR

SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN SDN. BHD. MENGHENTIKAN OPERASI PENGURUSAN UNTUK SEMENTARA WAKTU BAGI MEMATUHI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MANAKALA KERJA-KERJA PERKHIDMATAN BEKALAN AIR DITAPAK SAINS MENGEKALKAN DALAM KEADAAN SIAP SIAGA

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) terpaksa mengambil keputusan memberhentikan operasi pengurusannya untuk sementara waktu bermula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020 bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 16 Mac 2020.

Namun sebagai salah sebuah agensi perkhidmatan penting negara (essential services) yang diarahkan untuk beroperasi seperti biasa dalam memberikan perkhidmatan bekalan air berterusan demi memenuhi keperluan pengguna di Negeri Sembilan khasnya SAINS akan mengekalkan teams operasi yang akan bersiap siaga dalam semua kerja-kerja ditapak dan juga di loji bagi memastikan setiap kerja-kerja kecemasan diatasi sepenuhnya.

SAINS akan mengekalkan tugasan bagi kakitangan yang berada di Pusat Panggilan untuk menerima sebarang aduan dan pertanyaan dari pengguna di Negeri Sembilan berkenaan isu bekalan air. Oleh demikian pengguna diminta untuk menghubungi SAINS melalui talian 1-800-88-6982 untuk sebarang aduan berkaitan perkhidmatan bekalan air. Selain itu kaedah yang boleh digunapakai untuk perhubungan pengguna melalui sms 06-6033500 dan juga email  

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
.

Bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah ditetapkan, SAINS juga menyeru kepada semua pelanggan yang ingin membuat pembayaran bil air SAINS maka pelanggan disarankan untuk lebih bijak menggunakan kaedah pembayaran secara online. Walaupun pergerakan pengguna terkawal namun bil SAINS harus dibayar bagi mengelakkan pemotongan bekalan air.


Berbalik kepada pengurusan bekalan air di Negeri Sembilan pada masa ini, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) sekali lagi ingin memberikan kesedaran kepada pengguna di Negeri Sembilan khasnya apabila berlaku musim kering dan panas berpanjangan seperti hari ini masalah yang sinonim berlaku adalah isu gangguan bekalan air.

Oleh itu, SAINS sekali lagi menyeru masyarakat di Negeri Sembilan agar terus menghargai air dan gunakan air secara berhemah kerana air adalah asas kehidupan kita.

Pada masa sekarang paras empangan SAINS masih lagi terkawal dan dijangkakan mampu bertahan sehingga April 2020 yang mana tempoh dijangkakan musim kering ini berlarutan. Namun kebelakangan ini Negeri Sembilan dilihat sudah kurang menerima hujan dan ini dikhuatiri akan mengganggu paras sungai dan empangan yang ada di Negeri Sembilan ini.

Dengan kekurangan sumber air mentah ini nanti boleh mendatangkan masalah kepada SAINS untuk membekalkan air terawat kepada pengguna dan kekerapan gangguan bekalan air juga akan menyukarkan pengurusan harian pengguna yang mana pada masa ini isu kebersihan amat dititik beratkan terutama dalam pembersihan diri, tempat tinggal, makanan dan persekitaran.

SAINS akan terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keadaan bekalan air di Negeri Sembilan terkawal berikutan penghujung April 2020 kita akan menyambut Ramadhan 1441H seterusnya penghujung Mei 2020 akan menjelma Syawal 1441H.

Bagi memastikan isu bekalan air terjamin di Negeri Sembilan sekali lagi SAINS memohon kerjasama dan sokongan rakyat di Negeri Sembilan untuk terus berjimat cermat menggunakan air dan gunakan air secara berhemah bagi memenuhi tuntutan bekalan air yang berterusan pada masa yang amat memerlukan sekarang ini.

Sebarang persoalan atau aduan berkaitan perkhidmatan bekalan air sila hubungi 1-800-88-6982 atau 06-6033500. SAINS memohon maaf di atas segala kesulitan berhubung isu gangguan bekalan air di Negeri Sembilan.

- TAMAT-

Hjh. Norzita Binti Ismail
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.