MENGGUNAKAN AIR SECARA BERHEMAH DALAM TEMPOH MUSIM KERING

logo SAINS-01 2

Isnin, 20 Januari 2020
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
SIARAN AKHBAR

 

SAINS MENYERU PENGGUNA DI NEGERI SEMBILAN MENGGUNAKAN AIR SECARA BERHEMAH DALAM TEMPOH MUSIM KERING

Kemelut musim kering yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada masa ini memberi sedikit tekanan kepada beberapa pihak terutamanya kepada operator air di Malaysia seperti Pulau Pinang, Kedah dan Melaka. 

Bagi operator air di negeri-negeri yang lain juga merasakan perkara ini harus dipandang serius kerana dengan cuaca yang tidak menentu ini boleh mengundang perkara diluar jangkaan terutamanya isu gangguan bekalan air.

Punca gangguan bekalan air pada musim kering selalunya disebabkan kekurangan sumber air mentah di sungai-sungai utama dan kemerosotan takungan air di empangan-empangan yang mana boleh menyebabkan bekalan air terawat terganggu dan pengguna terkesan dengan masalah ini.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) terpanggil untuk memberikan sedikit makluman dan kesedaran kepada pengguna di Negeri Sembilan khasnya dan di Malaysia amnya apabila berlaku musim kering masalah seperti ini seakan sinonim dengan isu gangguan bekalan air.

Penyelamat awal kepada keadaan ini adalah kesedaran daripada pengguna air terawat sendiri. Setiap titis air yang dibekalkan kepada pengguna adalah disarankan agar pengguna belajar untuk menggunakan air tersebut secara berhemah dalam erti kata lain berjimat cermat. 

Cara mudah untuk menggunakan bekalan air secara berhemah adalah dengan menggunapakai semula air yang digunakan bagi tujuan kedua yang dibolehkan seperti tadahan air cucian dijadikan air siraman tanaman. Kaedah kedua adalah mengurangkan penggunaan air secara terus dari meter pengguna iaitu bagi tujuan cuci kereta atau rumah. Seterusnya menjadi pengguna yang bijak dengan membuat tadahan air (takungan/kolam) untuk mandi dan membasuh bagi mengelakkan menggunakan air secara terus dari meter paip.

Keadaan ini kemungkinan besar dipandang remeh dan dilihat tidak banyak membantu untuk mengatasi masalah bekalan air pada masa ini namun ianya boleh menyedarkan kita dengan generasi akan datang tentang betapa pentingnya sumber air untuk kita fikirkan bersama-sama kaedah yang mudah bagi memulakan langkah penjimatan kita.

Sejajar dengan tema Hari Air Sedunia tahun 2020, Air dan Perubahan Iklim (water and climate change) yang mana saranannya berbunyi ‘Menggunakan air dengan lebih cekap dan mengurangkan kesan rumah hijau dari sistem rawatan’. Bagaimana ianya menyedarkan kita tentang saling berkait antara air dan perubahan iklim demi kesejahteraan hidup kita pada masa sekarang dan akan datang. 

Sentiasa menanamkan dalam fikiran kita pada hari ini dan generasi akan datang bahawa air adalah sumber paling berharga kepada kita semua. Kita seharusnya menggunakan air dengan lebih bertanggungjawab mengikut keseimbangan keperluan air tersebut dalam kehidupan harian kita.

Oleh itu, SAINS sekali lagi menyeru masyarakat di Negeri Sembilan dan juga seluruh Malaysia agar terus menghargai air kerana air adalah asas kehidupan kita.

Pada masa sekarang SAINS berada di dalam keadaan yang terkawal paras bacaan empangan yang masih mampu bertahan sehingga April 2020 yang mana tempoh dijangkakan musim kering ini berlarutan. Negeri Sembilan juga masih menerima hujan walaubagaimanapun ianya belum menjanjikan peratusan hujan tersebut mampu meningkatkan paras sungai dan empangan di Negeri Sembilan ini.

SAINS akan terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keadaan bekalan air di Negeri Sembilan terkawal. Sempena sambutan Tahun Baru China pada hujung bulan ini nanti, SAINS seperti biasa telah mengaturkan Pelan Tindakan Kontigensi (PTK) pada 24 Januari sehingga berakhir 28 Januari 2020 bagi mengatasi permasalahan gangguan bekalan air jika sekiranya berlaku dalam tempoh 5 hari perayaan tersebut.

- TAMAT-

Hjh. Norzita Binti Ismail
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.

 

 

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.