PTK Hari Raya Aidilfitri 2019

Jumaat, 31 Mei 2019
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
SIARAN AKHBAR

SAINS AKTIF PELAN TINDAKAN KONTIGENSI HARI RAYA AIDILFITRI 2019 BAGI PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM PERAYAAN

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) akan mengaktifkan Pelan Tindakan Kontigensi (PTK) Hari Raya Aidilfitri bermula 3 Jun sehingga 10 Jun 2019.

PTK ini diaktifkan bertujuan untuk memantau sebarang isu gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan terutamanya ketika waktu puncak musim perayaan sehingga menyebabkan penggunaan air berganda.

Berikutan aktifnya Pelan Tindakan Kontigensi ini maka akan ditubuhkan Pusat PTK di Pejabat SAINS Seremban 2 yang beroperasi selama 16 jam sehari melalui 2 shif iaitu:

i) Bermula 8.00 pagi – 4.00 petang
ii) Bermula 4.00 petang – 12.00 malam

Tujuan Pusat PTK ini ditubuhkan adalah bagi menangani setiap aduan berkaitan gangguan bekalan air di Negeri Sembilan.

Selain menangani aduan dari setiap daerah, PTK juga terlibat dalam pemantauan paras kolam-kolam imbangan di seluruh Negeri Sembilan. Justeru, dengan adanya PTK ini diharapkan sebarang gangguan bekalan air akan dapat diuruskan dalam tempoh yang singkat dan tidak membebankan para pengguna.

Hampir 500 orang kakitangan SAINS dari pelbagai daerah/unit telah ditugaskan sepanjang PTK kali ini bagi memastikan operasi bekalan air berjalan lancar. Sebanyak 91 buah kenderaan yang terdiri daripada kenderaan operasi, lori, lori tangki dan jentera pengorek di letakkan dalam keadaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Menjelang musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, SAINS ingin menasihatkan kepada para pengguna agar menggunakan air secara berhemah. Sebarang masalah atau gangguan bekalan air bolehlah terus menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982 yang beroperasi 24 jam agar tindakan pantas dapat diambil.

SAINS juga tidak ketinggalan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengguna di Negeri Sembilan.

Hjh. Norzita Binti Ismail
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.