Penafian Gangguan Bekalan Air

KENYATAAN AKHBAR
SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN SDN BHD
29 MAC 2019, JUMAAT

SAINS MENAFIKAN KENYATAAN PALSU YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB BERKENAAN PENUTUPAN BEKALAN AIR DIBEBERAPA DAERAH DI NEGERI SEMBILAN PADA 29 MAC 2019 SEHINGGA 31 MAC 2019.

Seperti sedia maklum SAINS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan penutupan bekalan air pada 29 Mac (hari ini) sehingga 31 Mac 2019 dimana-mana daerah di Negeri Sembilan.

SAINS juga ingin memaklumkan bahawa sebarang info rasmi SAINS berkaitan penutupan berjadual perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Notis serta Kenyataan Akhbar berkepala surat rasmi SAINS juga perlu dikeluarkan kepada semua pihak seperti Ahli Lembaga Pengarah, ADUN, MPKK kawasan terlibat dan pihak-pihak berkepentingan yang terlibat.

Dari sudut penjanaan dan kaedah saluran Notis dan Kenyataan Akhbar juga SAINS mengguna sudut penulisan dan bahasa yang mudah difahami oleh pengguna dengan spesifikasi kerja, tempoh kerja, jangkaan kerja siap dan tempoh bekalan pulih adalah lebih lengkap.

Oleh itu sekali lagi SAINS MENAFIKAN KENYATAAN PALSU berkaitan PENUTUPAN BEKALAN AIR pada tarikh 29 Mac hingga 31 Mac 2019 ini.

TAMAT

HJH. NORZITA BINTI ISMAIL
KETUA BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM
SAINS

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.