Pengedaran Bubur Lambuk

logo SAINS-01 2

Isnin, 29 Mei 2017
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
SIARAN AKHBAR

PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN SDN. BHD. SEMPENA MERAIKAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1438H

Sempena tibanya Ramadhan Al-Mubarak  pada tahun ini, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) ingin menzahirkan tanda terima kasih dan penghargaan kepada para pelanggan SAINS dengan mengedarkan bubur lambuk di setiap daerah di Negeri Sembilan.

Para pelanggan boleh mendapatkan bubur lambuk secara percuma di setiap Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) SAINS yang dinyatakan seperti di bawah bermula jam 2.00 petang. Bubur lambuk yang disediakan adalah terhad dan akan diberikan kepada pelanggan yang awal sahaja (selagi stok masih ada).

 

Daerah

Lokasi

Tarikh

Seremban

Pusat Khidmat Pelanggan SAINS, Jalan Dato’ Bandar Tunggal

31 Mei 2017

Jempol

Pusat Khidmat Pelanggan SAINS, Jalan Masjid, Bandar Seri Jempol

1 Jun 2017

Kuala Pilah

Pusat Khidmat Pelanggan SAINS, Jalan Pekan Lama

5 Jun 2017

Tampin

Pusat Khidmat Pelanggan SAINS, Jalan Utama, Taman Indah

9 Jun 2017

Rembau

Pusat Khidmat Pelanggan SAINS, Jalan Terentang

12 Jun 2017

Port Dickson

Pusat Khidmat Pelanggan SAINS, Jalan Waterfront

15 Jun 2017

Jelebu

Pusat Khidmat Pelanggan SAINS, Kuala Klawang

19 Jun 2017

SAINS mengalu-alukan kehadiran para pelanggan ke lokasi-lokasi yang disebutkan untuk mendapatkan bubur lambuk tersebut.

Dalam pada masa yang sama, SAINS menasihatkan para pelanggan agar menggunakan air secara berhemah agar pembaziran dapat dielakkan terutamanya ketika bulan yang Barakah ini.

SAINS turut ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadahan Al-Mubarak kepada semua pelanggan SAINS yang beragama Islam.

Norzita Binti Ismail
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.