PROGRAM SANITASI OLEH BOMBA - 11 NOVEMBER 2020

 

 SANITASI 7  SANITASI 1 SANITASI 4 
 SANITASI 3  SANITASI 2  SANITASI 5

 

Program Sanitasi Ibu Pejabat SAINS kerjasama (CSR) SAINS bersama Jabatan BOMBA dan Penyelamat Negeri Sembilan sebagai langkah penjagaan dan pengawasan berterusan SAINS dalam memastikan kakitangan terus terhindar dari penularan gejala COVID 19.

Seramai 39 org anggota BOMBA dari Seremban2, Senawang, Seremban dan Nilai terlibat dalam kerja-kerja sanitasi ini.

Kerja sanitasi ini bermula seawal jam 8:30pagi sehingga selesai jam 10pagi hari ini.

Kawasan yang diberikan keutamaan dalam kerja-kerja sanitasi ini meliputi seluruh ruang Pejabat dan Kaunter SAINS di Ibu Pejabat Seremban 2, Kaunter Seremban (Jalan Pasar Seremban) Kaunter UTC dan Kaunter Lavender yang mana ianya berisiko kerana sering terdedah kepada pihak awam yang berurusan dengan pihak SAINS.

Namun program CSR bersama pihak BOMBA ini hanya sekali sahaja kerana prosedur selepas ini agak ketat dan membabitkan arahan dan juga kelulusan dari pihak KKM sahaja.

SAINS amat berterima kasih kepada pihak BOMBA Negeri Sembilan yang sering membantu SAINS dalam apa juga urusan dan kecemasan seperti ini serta urusan lain berkaitan pengagihan air dan tenaga , kenderaan dan sebagainya. Diharapkan hubungan ini berterusan sampai bila2.

#ibarat aur dan tebing saling memerlukan antaranya.

#Sebarang perkongsian/penyebaran berita palsu adalah satu jenayah. Fikir dahulu & pastikan maklumat tersebut sahih sebelum disebarkan kepada orang lain.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.