MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK KG. LANGKAP DANGI

KG LANGKAP

30 Oktober 2019 - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) daerah Tampin telah mengadakan sesi ramah mesra bersama penduduk Kg. Langkap Dangi dan penduduk sekitar bertempat di Balai Raya Terbuka Kg. Langkap. 

Sebelum ini Kampung Langkap, sistem pengurusan bekalan air dibawah tiga daerah iaitu : bacaan dibuat oleh Daerah Jempol, kerja-kerja pembaikan oleh Daerah Kuala Pilah dan sumber air dari Loji Dangi di daerah Tampin. Ini menyukarkan bagi sebarang penambahbaikan dan pemantauan Air Tidak Berhasil (NRW) di kawasan tersebut.

Oleh itu, atas inisiatif SAINS bagi memudahkan urusan dibawah satu pentadbiran, mulai November 2019, sistem pengurusan bekalan air di Kampung Langkap dan sekitarnya akan diambil alih oleh SAINS daerah Tampin.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.