Majlis Buka Puasa 2018

BUKA-PUASA-2018

 

Majlis berbuka puasa SAINS bersama Anak-anak yatim telah diadakan di Royale Bintang, Seremban pada 6 Jun 2018 bersamaan 21 Ramadhan 1439H. Seramai 21 orang anak-anak yatim berumur 7-17 tahun daripada Pertubuhan Anak-Anak Yatim Al-Khair, Seremban diraikan dalam majlis berkenaan. Sumbangan berupa duit raya beserta kuih raya telah disampaikan oleh Tuan Haji Wan Rasdi Wan Ismail, Pengarah SAINS kepada anak-anak yatim tersebut. Turut sama meraikan anak-anak yatim ini adalah barisan Pengurusan Kanan SAINS.

SAINS turut mengambil kesempatan dengan meraikan rakan-rakan media di seluruh Negeri Sembilan yang telah banyak membantu SAINS dalam menyampaikan maklumat tepat lagi terkini berkenaan bekalan air di Negeri Sembilan. SAINS amat berterima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh rakan-rakan media selama ini dan berharap hubungan baik ini dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.