Misi Bantuan Bekalan Air Gombak

MISI BANTUAN GOMBAK

 

07 Mac 2018 - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) dgn penuh rasa tanggungjawab telah menghantar 2 buah lori tangki berkapasiti 800 galen dan 2000 galen beserta 4 orang kakitangan dari daerah Jelebu dan Tampin ke Misi Bantuan Bekalan Air di Gombak, Selangor.

Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Rasdi bin Wan Ismail, Pengarah SAINS pada Rabu, 7 Mac 2018 jam 9.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat SAINS Seremban 2.
Misi bantuan SAINS ini adalah sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial SAINS bagi membantu rakan operator air Air Selangor dlm membuat pengagihan bekalan air kepada rakyat di sekitar Gombak, Selangor yang terlibat dalam gangguan bekalan air pada masa ini.

Misi diketuai oleh Encik Hamdan bin Ahmad, Ketua Bahagian Pengurusan Aset/ Fasiliti/ Kenderaan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8/3/2018 : Gombak jam 6:00pm

BANTUAN-AIR

Tanker daerah Tampin 1800 gallons (Markas Kem Tentera Tun Husin Onn)
En. Jasni bin jaafar
En. Abd halim bin Razali

Tanker daerah jelebu 800 gallons (Jln Enggang Keramat)
En. Norlizam bin ali
En. Suhaimi bin kanun

Tanker daerah rembau 800 gallons (Surau At-Taqwa Keramat)
En. Zulrushdi bin Abd Rahman
En. Saiful izham bin hamdan

Tanker daerah jempol 1800 gallons (Rumah Bakti Keramat)
En. Ahmad zekri bin zaiful bakhari (Seremban)
En. Mohd nazif bin mansor (Seremban)

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.