CSR-PD---04012018

 

 

Menginjak 2018 Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) telah menyusun pelbagai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi masyarakat di Negeri Sembilan, terutamanya kepada pengguna bekalan air terawat SAINS. Program kemasyarakatan yang dirancangkan termasuklah dari aspek teknikal (perkhidmatan bekalan air), keagamaan, pendidikan, kesukanan dan juga semai bakti masyarakat seperti OKU (kurang upaya), asnaf (fakir miskin), kanak-kanak tahfiz, anak-anak yatim, ibu tunggal dan sebagainya.

Berikutan itu tanggal 4 Januari 2018, Khamis jam 11:00 pagi bertempat di Kampung Telok Kemang (belakang pasar lama) Port Dickson, SAINS dengan diwakili Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Pengurus Air Daerah Port Dickson telah turun ke premis yang dikenalpasti untuk menghulurkan sumbangan kepada sebuah keluarga yang terdiri dari 5 anggota yang menghuni rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Isu keluarga berkenaan telah disiarkan oleh pihak media Sinar pada 2 Januari 2018 dan lanjutan dari isu itu SAINS terpanggil untuk turun sama membantu keluarga berkenaan.

Encik Helpmelah dan isteri serta 3 orang anak memohon pertimbangan SAINS untuk membuat ansuran bagi tunggakan bil mereka yang bernilai RM810.00 (tunggakan bil dari 2016-2017) yang mana menyebabkan bekalan air di rumah beliau dipotong. SAINS sedia maklum keluarga ini kurang berkemampuan berikutan keadaan kesihatan En. Helpmelah sangat lemah akibat dari pelbagai penyakit yang dihidapi sehingga menyukarkan beliau untuk bekerja. Atas dasar simpati dan tanggungjawab SAINS kepada beliau maka bekalan air En Helpmelah telah disambungkan semula dan tunggakan yang sedia ada telah dijelaskan melalui bajet tabung CSR SAINS. Diharapkan mulai tahun 2018 En Helpmelah akan terus membuat bayaran bil semasa seperti biasa bagi mengelakkan pemotongan bekalan air. Dalam masa yang sama bahagian operasi SAINS Port Dickson juga telah membuat siasatan di setiap jajaran paip rumah beliau untuk memastikan tiada kebocoran berlaku yang boleh menyukarkan beliau nanti.

Sebelum pulang SAINS turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan khas untuk kegunaan mereka sekeluarga. SAINS berbesar hati dapat membantu insan-insan asnaf seperti ini.
SAINS turut meminta kerjasama daripada semua pihak untuk tampil ke hadapan bersama-sama dengan SAINS untuk melaporkan dan memberi maklum isu-isu berkaitan bekalan air di kawasan pengguna serta menjelaskan bil semasa pada masa dan tempoh ditetapkan bagi mengelakkan pemotongan. Hubungi SAINS ditalian 1800-88-6982 atau terus membuat aduan ke

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
atau juga boleh terus ke kaunter Khidmat Pelanggan SAINS diseluruh daerah di Negeri Sembilan dengan alamat yang tertera di www.sainswater.com.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.